Thursday, May 16, 2013

ukhuwah itu..



suka tengok orang yang ikut dakwah dan tarbiyah.
lebih2 lagi, kawan2 sendiri.
dapat tengok mereka membesar, rasa terharu yang teramat.
Terdetik di benak fikiran,
apa perasaan insan2 yang x ikut tarbiyah ni bila tengok kita?

Alhamdulillah dipilih Allah. 
Dapat merasai manisnya tarbiyah, merasai indahnya ukhuwah bersama akhwat2 terchenta. 

Mengharungi duri ranjau jalan ini bersama insan2 yang juga sama2 terpilih,
buat aku lebih kental, lebih mensyukuri, lebih menyayangi.

kerana tujuan kami sama, iaitu redha Ilahi.
Tangan2 mereka, ingin ku genggam erat tatkala menapaki jalan ini,
ingin ku genggam erat jika ada di antara kami jatuh tergelincir,
ingin ku genggam erat sampai ke syurga.

aku tahu, ukhuwah bukan segalanya.
kita berada dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini bukan kerana ukhuwah semata-mata.
Namun, ukhuwah itu kekuatan kita.
senyum sampai telinga. :)
semoga kaki lebih kukuh melangkah menuju destinasi yang abadi, syurga Dia :') 

ilal jannati zumara <3 :')


Tuesday, May 14, 2013

titik tolak





Masa lampau,
boleh jadi ia menyakitkan, boleh jadi ia memberi pengajaran, mungkin dua2 juga.
Bagi aku, setiap memori lalu, amat berharga buat aku. 
Kerana Allah takdirkan aku memiliki masa lampau itu.
Biar pahit, mahupun manis, biar memalukan, mahupun menggembirakan,
Aku tahu, semua itu adalah titik tolak yang Allah aturkan,
agar aku kembali kepada Dia, agar aku kembali mengenal fitrah aku yang sebenar.
Ya. Aku sedih, hati ini sakit, bila terkenang masa lalu.
Tapi kalau Allah boleh terima aku yang baru, terima aku yang telah bertaubat, kenapa tidak diriku sendiri?
Hanya Allah yang tahu, apa yang ada di lubuk hati.
Kenapa perlu aku risau tentang pandangan duniawi makhlukNya tentangku? 
Muhasabah. 
Mungkin perlu perbaiki akhlak dengan manusia, kuatkan lagi hubungan dengan Allah.  :')
Ya Allah.. Kuatkan aku..
Doakan? :')





Friday, May 10, 2013

cinta


Cinta.  
andai dicemari, ia menyakitkan.  
andai dijaga, ia membahagiakan.  
Hakikat cinta,  
hanyalah buat Sang Pencipta.  
jika mencintai makhlukNya,  
berpada-pada.  
Semoga rasa itu sentiasa terpelihara,  
disucikan, 
dikembalikan, 
hanya pada Dia.   

:)

Friday, March 29, 2013

mereka. :')

satu persatu Allah memujuk hati mereka.
*senyum lebar sampai telinga*
Allah Maha Melindungi hamba-hamba yang disayangiNya.
Dia beri hidayah, Dia beri taufik, kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Subhanallah..
KekuasaanMu terhadap hamba-hambaMu, baru nampak jelas di hadapan ku.
Aku jatuh cinta.
Terharu dengan ketentuanMu.
Jalan hidup kami, Engkau aturi elok-elok, cantik-cantik.
Kerana aturanMu lebih kemas, Engkau tahu kemampuan hambaMu.

:')

Ya Allah..
Tetapkan hati-hati ini di jalanMu.
Kuatkan kami untuk tetap istiqamah
dengan perubahan yang Engkau ilhamkan kepada hamba-hambaMu.
Jangan pernah lepaskan aku, keluarga aku, dan kawan-kawan aku.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah,  maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita” [46:13]

Sunday, March 17, 2013

smgt. kembalilah!


Alhamdulillah. Seminggu yang panjangnya terasa seperti bertahun2, sudah tiba ke penghujungnya. Pergelutan dgn diri sendiri spnjng minggu ni, byk mengajar aku. Dalam Surah An-Nur 24:21:

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Dan sesiapa mengikuti langkah syaitan, maka sesungguhnya ia (syaitan itu) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) kepada kamu, nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih (daripada yang keji dan mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)."

Terlalu selesa dengan kehidupan skrg, hingga terlupa dosa2 lalu, yg sptutnya buat aku lebih tunduk malu di hadapan Allah, yg sptutnya buat sy tidak jemu memohon ampun dan berserah kpd Allah.

Terlalu bergantung perasaan thdp orang lain, hingga hampir terlupa bahawa Allah yg memegang hati2 kita, memegang tiap tawa dan nangis kita, tiap rasa cinta dan rasa duka.

Teringat masa awal2 mdapat tarbiyah. Aku ingin rasa itu kembali. Terharu tgk kwn2&adik2 yg hatinya disentuh, justeru menggerakkan mereka.

Hakikatnya, aku sedar, aku manusia yg mudah lupa. Literally mudah lupa. Oh muwasafat tarbiyah! Jgn hanya melekat pada dinding bilik. Melekatlah juga di hati dan gerakkanlah diri ini! >.<

Aku ingin hati yg cekal dan kental. X calar dek kata2, x retak dek hentakan.
Aku pasti. Aku perlu berwaspada terhadap perasaan aku sendiri.
Aku boleh lakukannya. Kerana aku hamba Allah yang dipilihNya untuk berada di jalan ini. :)

Doakan? :)

Wednesday, February 20, 2013

yang Maha Mengetahui :)

Sikap terbaik seorang mukmin dalam menghadapi musibah dan pelbagai kesusahan adalah berserah diri kepadaNya, mengakui kekuasaan memilih hanya milik Allah dan kita percaya, pilihanNya itu pasti tepat.

Kemudahan mengiringi kesusahan, oleh sebab itu, mintalah pertolongan Allah.

Ubat terbaik dalam menghadapi bencana adalah kesabaran.

Selain itu, berfikir secara positif, kukuhkan keyakinan, teguhkan harapan, sentiasa optimis dan jangan hiraukan kekecewaan.

- buku "Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna" karya Sulaiman Al-Kumayi

hati tengah sedih. minta Allah beri ketenangan. dan Allah ilhamkan kata-kata ini. :')

Friday, February 1, 2013

jatuh

melangkah setapak demi setapak. Semoga Allah sentiasa pandu langkah2 ini ke arah yang benar.
Dengan segala dugaan dalam persahabatan, yang bagi aku, tidak pernah segoyah ini. Semoga setiap keputusan yang aku lakukan mendapat redha Dia. Tidak ingin melukai sesiapa pun. Memilih untuk diam. Cuma utarakan "Bertabahlah" "Berlapang dada" "Bersabarlah"

Ya. tidak semudah yang dikata. tetapi sekurang2nya kita mencuba. Kerana aku ingin menjadi golongan yang sedikit itu, iaitu hamba2 Allah yang sabar dan lemah lembut.

Allah. Eratkan kemesraan antara hati2 kami. Hanya keranaMu ya Allah.

Sunday, January 13, 2013

bersyukur aku kenal Dia

Sedang aku mendengar mainan piano oleh Yiruma,
Allah hadirkan sebuah perasaan yang aku rasa aku perlu rakam dan hargai.
Buat tatapan aku di lain hari,
Agar aku sentiasa mensyukuri rasa yang Dia beri ini. 

Sebuah rasa.
Iaitu rasa bersyukur aku kenal Dia.

:)

Teringat memori sebelum disentuh oleh tarbiyyah.
Betapa.. kurangnya diri ini.
Memiliki hati yang sentiasa gusar, 
Minda yang bercelaru.
Perangai yang tidak menentu.

Apabila tiba sahaja waktu peperiksaan, aku sering risau dan sering menangis.
Kerana ketika itu, aku belum mengenal erti tawakal yang sebenar. 
Apabila insan lain tersilap langkah, aku sering marah dan sering 'emo'.
Kerana ketika itu, aku belum mengenal erti memahami, memaafi dan menerima yang sebenar.
Apabila ditimpa musibah, seringkali aku mengadu kepada hamba Dia.
Kerana ketika itu, aku belum mengenal erti ketenangan yang sebenar.


Sehingga suatu masa itu,
Aku sedar bahawa segala perasaan risau dan tangisan aku itu tidak mendorong aku untuk lebih berusaha,
Perasaan marah dan 'emo' aku itu tidak boleh memutar balik masa agar insan tersebut dapat memperbetulkan langkah mereka,
Dan aku tidak menjadi lebih tenang dengan mengadu hanya pada orang lain.

Ibarat bunga yang layu, perlu disirami dengan air agar kembali mekar.
Begitulah hati aku ketika itu.

Betapa hebatnya aturan Allah,
sedikit demi sedikit Dia memujuk hatiku untuk kembali kepadaNya.

Takdir Allah telah menghantar aku ke bumi Ireland.
Di bumi asing ini,
aku mula bermanja-manja dengan usrah.
Mula mendalami ayat-ayat Dia.
Mula mengenali video-video dan lagu-lagu Islamik.
Di kelilingi kawan-kawan yang sering mengingatkan aku tentang Dia.

Lama kelamaan, 
aku semakin sedar tentang perkara-perkara jahiliyyah yang bergelumang dalam diri aku.
Aku cuba untuk mengorak langkah pertama aku.
Iaitu melepaskan insan yang hati aku telah tertaut selama ini.
Sakit..sangat. 
Tapi ruang itu perlu dan ingin sekali aku isi dengan Dia, bukan lagi dia.
Aku melangkah lagi.
Mula berjinak-jinak dengan pakaian yang longgar sedikit, memakai 'inner' tudung, mengelakkan daripada 'mengangkat' lengan baju.
Aku melangkah dan terus melangkah.
Meninggalkan lagu-lagu dan video-video yang melalaikan.

Beberapa kali aku jatuh.

Selalu aku merasa lemah dan ingin berhenti.
Kenapa aku tidak boleh menjadi sebebas orang lain?
Aku juga ingin membuang masa dengan perkara-perkara yang dikatakan menyeronokkan itu.
Melepak, mendengar lagu-lagu lagha, menonton wayang, mengumpat.

Tapi jauh di sudut hati ini, aku tahu,
semua keseronokan itu tidak akan kekal lama.
Kerana ianya bukan sesuatu yang Allah redha.
Untuk menjalani kehidupan dengan redha Allah itu perlu mujahadah yang tinggi.
Perlu kekuatan diri, yang tahu matlamat sebenar mendapat keredhaan Allah.

Tiada kerehatan buat kita melainkan di syurga nanti.
Syurga yang abadi.
Tempat di mana segala kedukaan, kegelisahan, kesakitan itu, tiada lagi.
Di sana, kita sentiasa bahagia, sentiasa tenang.

"Sungguh, orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
[99:7-8]

Jalan tarbiyyah ini,
menguatkan aku.
mematangkan aku.
membuka mata aku.

Aku mula sedar,
Tawakal itu ialah meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepada Allah, 
di samping berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh. [65:3]
 Manusia boleh berbuat silap dan oleh itu, pergantungan dan harapan kita hanyalah diletakkan kepada Allah. Rahmat Allah harus mendorong keinginan kita sendiri untuk memaafkan dan menerima kelemahan orang lain. [24:22]
Allah yang membuat kita tertawa dan menangis. Mintalah dari Dia. Mengadu pada Dia. Hanya Dia boleh bahagiakan kita. [13:28]


Aku yang kini.
Sedang jatuh cinta dengan pemilik hati ini.
Kerana aku tahu,
Dia sentiasa ada di sisi. Takkan pergi.
Surat cinta yang Dia bekalkan kepadaku,
menjadi penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, penghilang kesedihan dan kegelisahanku.

:)

Aku..
akan terus mencari,
terus teguh berlari,
terus tsabat di jalan ini.
Kerana ingin sekali,
suatu hari nanti,
bertemu dengan pemilik hati ini.
Ar-Rahman Ar-Rahim 

:')

doakan? 




Rasa.

Aku.
sangat cemburu dengan orang yang pandai berkata-kata.
Kerana aku.
Kata-kataku hanya terbuku di dada.

Sahabat-sahabat yang sangat aktif apabila berada di dalam usrah,
rancak menyuarakan pendapat dan curhat masing-masing.
Aku juga ingin jadi seperti mereka.

Tapi aku
bukan mereka.

Aku.
Kalau kakak usrah minta aku share sesuatu,
aku pasti akan menolak.

Kenapa?


Kenapa?




































Kenapa?
:(

Sebab aku perlu timba ilmu lebih banyak lagi.
Aku masih zero.
Belum jadi hero bagi diri aku lagi.

10 muwasafat tarbiyyah.
Azam diri aku dari dulu
Sehinggalah sekarang.

Sampai bila-bila pun.

(:

Membesar. Aku cuba untuk jadi lebih matang.
Semakin lama berada dalam tarbiyah,
aku semakin sedar yang aku banyak sangat kelemahan.

Aku ingat aku sudah cukup kuat.
cukup bersedia.
Untuk bergerak dengan pantas.

Tapi aku salah.
Aku lemah.
Disapa sikit sahaja oleh perkara jahiliyyah,
aku akan jatuh, aku lalai.

Kerana Allah masih sayangkan aku,
Dia cepat-cepat sedarkan aku.
Alhamdulillah.

I'm struggling.
I really am right now.

Apabila semua perkara ada sahaja yang tak kena.
aku mula meragui segala amal yang aku lakukan selama ini.
Adakah benar kerana Allah?
Atau aku lakukannya atas dasar sekadar melaksanakan kewajipan yang telah menjadi kebiasaan?

Doa itu senjata orang mukmin.
Ya. Memang pun.
Berusaha untuk sibukkan diri.
Berdoa banyak-banyak.

Bagi aku,
Penulisan tidak akan pernah dapat menggambarkan apa yang aku benar-benar rasa.
Samalah seperti kata-kata yang tidak dapat aku luahkan.

Mungkin aku perlukan masa.
Untuk membesar.
Dan membenarkan diri ini untuk berkongsi.
Rasa itu.

Doakan? (;





Wednesday, October 31, 2012

Menjauhi Jahiliyyah

Menjauhi jahiliyyah.

Tidak semudah yang dikata.

Sekejap kita bermujahadah.  Sekejap kita berlagha.

Kenapa macam ni? Kenapa??

Terkedu. Sesak. Beku.

Apa itu jahiliyyah sebenarnya? Kenapa kita sibuk nak lari jauh-jauh dari jahiliyyah ni?

Jahiliyyah itu ialah jahil terhadap bimbingan Ilahi.
Jahiliyyah itu merujuk kepada apa-apa yang tidak mengikut Islam dan Al-Quran.
Apa-apa perkara yang tidak mengingatkan kita tentang Allah, malah membuatkan kita lalai dan jauh dariNya, semua itu haruslah ditinggalkan dan dijauhi.
Tengok movie yang tiada manfaat, dengar lagu yang melalaikan, berbual kosong dan melepak.
Semua itu harus ditinggalkan dan dijauhi.

Antara tahu dan faham.

Kita tahu perkara itu salah. Kita tahu perkara itu Allah tidak redha.

Kenapa masih buat lagi?

Kita cakap kita faham, tetapi kita tidak berusaha untuk menjauhi perkara yang Allah tak redhai itu.

Yeekee faham? Wujudkah istilah "ok aku faham, tapi aku tak bersedia lagi untuk tinggalkannya." ?

Oh tidak.

Orang yang tahu tentang yang benar tetapi tidak amalkannya, orang tahu tentang yang salah tetapi tidak tinggalkannya, ialah orang yang hanya tahu dengan AKAL.
Mereka hanya tahu. Mereka tidak faham.

Faham. Apabila kita memahami dengan hati, ia akan menggerakkan kita.
Kita akan tergerak untuk tinggalkan apa yang batil, dan melaksanakan yang benar.
Untuk apa?
Hanya kerana satu.
Untuk menggapai redha Allah. 

Jadi, bagaimana untuk menjauhi jahiliyyah itu?

Dakwah dan tarbiyyah la jawapannya!

Kita kena lah mentarbiyyah diri kita. Menjadi kita yang lebih baik. Kita yang lebih dekat dengan Allah.
Jauhi jahiliyyah sedikit demi sedikit.
Mungkin mula dengan mengurangkan menonton movie atau video yang tiada manfaat, dan try untuk tengok video CikBeahOsem, Tomato, Nouman Ali Khan, dan banyak lagi lah video islamic yang osem!
mula mendengar lagu-lagu Maher Zain, Mestica, Edcoustic, Devotees, Hafiz Hamidun, dan banyak lagi lah lagu islamic yang best!
Kalau ada kawan2 yang mula berbual-bual benda yang tidak berfaeadah, cepat2 mengelak daripada mendengarnya. Dan lebih baik kalau boleh mengganggu perbualan kawan kita itu, dan mengajaknya berbincang tentang benda yang lebih bermanfaat.
Yang paling penting, jangan tinggalkan usrah. Sesibuk mana pun kita, cubalah untuk hadir ke usrah. Dua jam seminggu tidaklah memudaratkan diri dan pembelajaran kita.
Malah, ia adalah makanan rohani untuk jiwa kita.

Dalam itu juga, jangan lupa tanggungjawab dakwah kita.
Semudah meng'update' status facebook yang berbentuk peringatan, bagi ayat Quran favourite kita dengan kawan2, berkongsi cerita sahabat, tulis blog, boikot barangan Israel, dan banyak lagi lah.

Bak kata kakak usrah yang sangat disayangi kerana Allah,
"Kalau kita tidak disibukkan dengan Islam, kita akan disibukkan dengan jahiliyyah. "
Jadi, sibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang Islam.

Sampai bila kita mahu ikut rentak orang lain?
Risau sangat apa orang fikir, sehinggakan lupa bahawa antara keredhaan dan kemurkaan Allah itu lebih penting untuk kita risaukan.
Kita hanyalah hamba Allah. Hidup di dunia hanya sementara. Akhirat itu yang kekal.
Bersusah payahlah kita di dunia. Agar kita bersenang lenang di akhirat sana.

Niatkan semuanya kerana Allah.
Seremeh-remeh mencuci pinggan2 yang ditinggalkan di meja makan, kalau niatkan ikhlas kerana Allah, sebab Rasulullah ajar kita untuk menjaga kebersihan, itu juga dikira sebagai ibadah. InsyaAllah...

Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita dalam membentuk diri kita menjadi lebih baik.
Menjadi individu muslim yang sejati.
Yang akan menjadi tentera Allah untuk mengembalikan kegemilangan Islam, dan sekaligus mencapai Ustaziatul Alam. Allahuakbar!

Semoga Allah redha.