Sunday, January 13, 2013

bersyukur aku kenal Dia

Sedang aku mendengar mainan piano oleh Yiruma,
Allah hadirkan sebuah perasaan yang aku rasa aku perlu rakam dan hargai.
Buat tatapan aku di lain hari,
Agar aku sentiasa mensyukuri rasa yang Dia beri ini. 

Sebuah rasa.
Iaitu rasa bersyukur aku kenal Dia.

:)

Teringat memori sebelum disentuh oleh tarbiyyah.
Betapa.. kurangnya diri ini.
Memiliki hati yang sentiasa gusar, 
Minda yang bercelaru.
Perangai yang tidak menentu.

Apabila tiba sahaja waktu peperiksaan, aku sering risau dan sering menangis.
Kerana ketika itu, aku belum mengenal erti tawakal yang sebenar. 
Apabila insan lain tersilap langkah, aku sering marah dan sering 'emo'.
Kerana ketika itu, aku belum mengenal erti memahami, memaafi dan menerima yang sebenar.
Apabila ditimpa musibah, seringkali aku mengadu kepada hamba Dia.
Kerana ketika itu, aku belum mengenal erti ketenangan yang sebenar.


Sehingga suatu masa itu,
Aku sedar bahawa segala perasaan risau dan tangisan aku itu tidak mendorong aku untuk lebih berusaha,
Perasaan marah dan 'emo' aku itu tidak boleh memutar balik masa agar insan tersebut dapat memperbetulkan langkah mereka,
Dan aku tidak menjadi lebih tenang dengan mengadu hanya pada orang lain.

Ibarat bunga yang layu, perlu disirami dengan air agar kembali mekar.
Begitulah hati aku ketika itu.

Betapa hebatnya aturan Allah,
sedikit demi sedikit Dia memujuk hatiku untuk kembali kepadaNya.

Takdir Allah telah menghantar aku ke bumi Ireland.
Di bumi asing ini,
aku mula bermanja-manja dengan usrah.
Mula mendalami ayat-ayat Dia.
Mula mengenali video-video dan lagu-lagu Islamik.
Di kelilingi kawan-kawan yang sering mengingatkan aku tentang Dia.

Lama kelamaan, 
aku semakin sedar tentang perkara-perkara jahiliyyah yang bergelumang dalam diri aku.
Aku cuba untuk mengorak langkah pertama aku.
Iaitu melepaskan insan yang hati aku telah tertaut selama ini.
Sakit..sangat. 
Tapi ruang itu perlu dan ingin sekali aku isi dengan Dia, bukan lagi dia.
Aku melangkah lagi.
Mula berjinak-jinak dengan pakaian yang longgar sedikit, memakai 'inner' tudung, mengelakkan daripada 'mengangkat' lengan baju.
Aku melangkah dan terus melangkah.
Meninggalkan lagu-lagu dan video-video yang melalaikan.

Beberapa kali aku jatuh.

Selalu aku merasa lemah dan ingin berhenti.
Kenapa aku tidak boleh menjadi sebebas orang lain?
Aku juga ingin membuang masa dengan perkara-perkara yang dikatakan menyeronokkan itu.
Melepak, mendengar lagu-lagu lagha, menonton wayang, mengumpat.

Tapi jauh di sudut hati ini, aku tahu,
semua keseronokan itu tidak akan kekal lama.
Kerana ianya bukan sesuatu yang Allah redha.
Untuk menjalani kehidupan dengan redha Allah itu perlu mujahadah yang tinggi.
Perlu kekuatan diri, yang tahu matlamat sebenar mendapat keredhaan Allah.

Tiada kerehatan buat kita melainkan di syurga nanti.
Syurga yang abadi.
Tempat di mana segala kedukaan, kegelisahan, kesakitan itu, tiada lagi.
Di sana, kita sentiasa bahagia, sentiasa tenang.

"Sungguh, orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
[99:7-8]

Jalan tarbiyyah ini,
menguatkan aku.
mematangkan aku.
membuka mata aku.

Aku mula sedar,
Tawakal itu ialah meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepada Allah, 
di samping berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh. [65:3]
 Manusia boleh berbuat silap dan oleh itu, pergantungan dan harapan kita hanyalah diletakkan kepada Allah. Rahmat Allah harus mendorong keinginan kita sendiri untuk memaafkan dan menerima kelemahan orang lain. [24:22]
Allah yang membuat kita tertawa dan menangis. Mintalah dari Dia. Mengadu pada Dia. Hanya Dia boleh bahagiakan kita. [13:28]


Aku yang kini.
Sedang jatuh cinta dengan pemilik hati ini.
Kerana aku tahu,
Dia sentiasa ada di sisi. Takkan pergi.
Surat cinta yang Dia bekalkan kepadaku,
menjadi penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, penghilang kesedihan dan kegelisahanku.

:)

Aku..
akan terus mencari,
terus teguh berlari,
terus tsabat di jalan ini.
Kerana ingin sekali,
suatu hari nanti,
bertemu dengan pemilik hati ini.
Ar-Rahman Ar-Rahim 

:')

doakan? 




No comments: