Saturday, September 29, 2012

Langit. Terima Kasih :)

Tersenyum melihat langit. Subhanallah.. :)

Terharu melihat bulan mengembang menyinari malam.

Berkobar melihat sang matahari bercahaya megah di pagi hari.

Subhanallah..

Aku suka melihat alam.
Alam banyak mengajar aku tentang kehidupan.

Langit yang terbentang luas, buat aku teringat betapa luasnya nikmat Allah.

Bulan yang berseri di malam hari, menjadikan aku tetap kuat menghadapi ujian yang diberi.

Sang matahari yang terbit dengan gagahnya di setiap pagi, memberi harapan yang baru kepada penghuni bumi.

masyaAllah..

Bahagia rasanya tatkala Allah membuka hati aku untuk belajar menerima Dia dan hanya Dia. :)

Masih banyak.

Sangat banyak.

Yang aku perlu redahi. Yang aku perlu pelajari.

Aku masih mentah. Masih liat.

Kerana mujahadah itu payah. Tetapi sudah pasti, Syurga itu indah.

Semoga Allah terus membimbing hati ini.